Sawankhalok is one of the districts in the northern part of Sukhothai which is located in the northern part of the capital originally Thailand.Sawankhalok is the one of region, which in 1932 was merged with the Sukhothai province.
In 1917, this area has been renamed from Mueang (เมือง) to Wang Mai Khon (วัง ไม้ ขอน) and in 1938 he was named Mueang Nakhon Ratchasima (เมือง สวรรคโลก), which was converted to Sawankhalok in 1939 .This place also famous as a center for the manufacture of ceramics and developed in the 14th century - 16th century.
Sawankhalok Manhunt Elephant is one kind of handmade clay pottery or stoneware celadone glaze that has been produced from the beginning of the 15th century and the 16th in the Age Ayutthaya.The height is estimated to be 9.4 cm artifacts that have color black and a bit browny pottery . Its describe about their belief in something relate to supernatural spirit.
It describes an elephant standing war seemed to be ready to face the war that the entire body is covered with a shield that dominates almost the entire .At the behind, its bringing a prince who is on the throne and two servants at the front and at the back of a slave. At the bottom of the figure which also looks 6 plays a role as a protector or military to Prince .
Usually artifacts Thailand Sawankhalok pottery consists of a color that is "Monochrome" Apart from brownish black, green and white.If you look at the structure of pottery can be seen that the materials used in the manufacture of statues has a high content of iron oxide and can be viewed on the color pink reddish and a bit black.
JEBAT DERHAKA
Addin Asyraff
Monday, 6 April 2015
SAWANKHALOK MANHUNT ELEPHANT
Sawankhalok merupakan
salah sebuah daerah di bahagian utara Sukhothai iaitu terletak di bahagian utara
Thailand.Pada asalnya daerah ibu negara wilayah Sawankhalok, yang pada tahun
1932 telah digabungkan dengan Sukhothai wilayah.
Pada tahun 1917, daerah
ini telah ditukar nama dari Mueang (เมือง)
untuk Wang Mai Khon (วัง
ไม้ ขอน) dan pada tahun 1938 ia dinamakan Mueang
Sawankhalok (เมือง สวรรคโลก), yang telah
ditukar kepada Sawankhalok pada tahun
1939 berikut penamaan semula wilayah.Kawasan tersebut terkenal sebagai pusat
pembuatan Seramik dan berkembang pada abad ke-14 - abad ke-16.
Sawankhalok Manhunt
Elephant merupakan salah satu jenis Tembikar buatan tangan daripaad tanah liat yang dipercayai daripada
awal abad ke 15 dan 16 yakni pada Zaman Ayutthaya.Ukuran ketinggian artifak
tersebut dianggarkan 9.4 cm yang mempunyai warna yang hitam keperangan.Kebiasaanya tembikar yang
dihasilkan menggambarkan kepercayaan mereka terhadap sesuatu semangat ghaib.
Ianya menjelaskan
tentang seekor gajah perang berdiri seakan akan bersedia dalam menghadapi
perperangan yang keseluruhan badannya diselaputi perisai yang mendominasi hampir
keseluruhan artifak.Dapat dilihat di belakangnya membawa seorang Putera yang
berada di atas takhta dan 2 orang hamba di bahagian depan dan seorang hamba di
bahagian belakang.Di bahagian bawah juga kelihatan 6 figura yang memainkan
peranan sebagai pelindung ataupun tentera kepada Putera .Kebiasaanya artifak
ataupun hasil tembikar Sawankhalok Thailand terdiri daripada satu warna iaitu “ Monokrom “ selain daripada warna hitam
keperangan ,hijau dan putih.
Friday, 13 March 2015
SENI SILAT MELAYU
Seni
silat Melayu ialah sejenis ilmu mempertahankan diri bangsa Melayu yang
diamalkan sejak dahulu kala. Penemuan tinggalan sejarah di Candi
Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa membuktikan seni silat mula wujud
di Kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Seni silat ini bermula di
Kepulauan Riau dan kemudiannya berkembang ke Minangkabau, Sumatera. Di
Sumatera, seni ini dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah
digunakan oleh Kerajaan Srivijaya, iaitu pada abad ke-7 hingga abad
ke-14 bagi tujuan meluaskan empayarnya. Mereka yang mempelajari ilmu
silat dipanggil pesilat.
Seni
ini dikatakan mencapai kemuncaknya apabila terdapatnya penggunaan
senjata. Antara senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat
ialah keris, badik, kerambit, parang, pedang, parang lading, tumbuk
lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak
menggunakan senjata, pengajaran akan bertumpu kepada pertempuran tangan
kosong.
Dari
Minangkabau, ilmu silat berkembang ke Melaka. Pada zaman kesultanan
Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan golongan istana sahaja
yang diberi keistimewaan untuk mempelajari silat. Seni silat ini
berkembang pula melalui rakyat jelata dan
seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Sebagai contohnya, Laksamana
Hang Tuah dikatakan mempelajari ilmu silat daripada Sang Adi Putera di
Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa, Majapahit.
Pada
zaman dahulu, hampir semua orang mengamalkan silat tetapi hanya yang
benar-benar hebat yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang
mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi sahaja yang mampu mencapai
tahap tersebut.
ASPEK DAN BENTUK SILAT
Aspek
ataupun bentuk silat dapat dilihat dalam empat aspek utama. Pertama
ialah aspek spiritual, iaitu berkenaan keperibadian seseorang pesilat.
Silat dikatakan dapat membangunkan dan mengembangkan keperibadian dan
karakter mulia seseorang pesilat. Para pendekar dan guru silat pada
zaman dahulu hendaklah mencapai tahap semadi, tapa atau aspek kebatinan
untuk mencapai tingkat tertinggi dalam keilmuannya.
Selain
itu, terdapat juga aspek seni budaya. Budaya ini merangkumi bentuk seni
tarian silat, muzik dan pakaian tradisional. Muzik merupakan satu
misteri dalam silat. Biasanya, seni silat akan menggunakan serunai dan
gendang. Alat muzik ini boleh menyebabkan seseorang pesilat ‘naik serbu’
apabila ia dimainkan. Kemahuan dalaman akan memaksa mereka untuk
membuka sembah bagi memulakan pencaknya. Pakaian tradisional silat pula
amat penting di dalam gelanggang kerana ia melambangkan identiti
pesilat. Setiap pakaian mempunyai tali pinggang atau dipanggil bengkung
pinggang. Bengkung ini terdiri daripada pelbagai warna seperti merah,
hitam, kuning, putih, hijau dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk
menunjukkan tahap ilmu yang dicapai oleh seseorang pesilat.
Seterusnya
ialah aspek bela diri. Silat dipelajari untuk mempertahankan diri,
bukan untuk menyerang atau menakut-nakutkan orang tertentu. Dalam hal
ini, kepercayaan dan ketekunan diri sangat penting dalam menguasai ilmu
bela diri.
Aspek
yang terakhir ialah aspek olahraga, iaitu aspek fizikal. Pesilat akan
menyesuaikan pemikiran dengan olah tubuh. Aspek ini meliputi
pertandingan dan demonstrasi bentuk-bentuk jurus. Aspek olahraga inilah
yang membuatkan silat terkenal di Eropah.
TINGKAT KEMAHIRAN
Tingkat pertama dipanggil tingkat pemula. Pada tahap ini, pesilat akan diajar
perkara asas seperti teknik kuda-kuda, tendangan, pukulan, tangkisan,
elakan, tangkapan, bantingan, olah tubuh dan jurus dasar.
Tingkat kedua pula ialah tingkat menengah. Pada tahap ini, pesilat lebih difokuskan kepada aplikasi semua
gerakan dasar, pemahaman, dan variasi. Di sini juga minat dan bakat
pesilat mula terlihat. Seterusnya, pesilat ini akan disalurkan kepada
cabang masing-masing iaitu cabang olahraga dan seni budaya.
Tahap yang ketiga dikenali sebagai tahap pelatih. Berdasarkan pengalaman di tahap pemula dan menengah, mereka
kemudiannya akan diberikan teknik-teknik bela diri perguruan. Teknik
ini hanya diberikan kepada orang yang boelh dipercayai dan menggunakan
ilmu ini dengan baik. Hal ini demikian kerana, teknik bela diri ini
biasanya melibatkan teknik tempur yang sangat efektif untuk melemahkan
lawan.
Tahap
yang tertinggi dikenali sebagai pendekar. Pendekar merupakan pesilat
yang sudah mahir dan mempunyai ilmu persilatan uang tinggi. Mereka juga
bakal mewarisi ilmu-ilmu rahsia tingkat tertinggi.
JENIS-JENIS SILAT
Asas
seni silat dapat dibahagikan kepada dua iaitu ‘bunga’ dan ‘buah’. Seni
bunga ialah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk
mengelirukan lawan. Manakala buah pula ialah gerak balas yang keras,
padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Pada zaman ini, wujud
beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan
caranya yang tersendiri.
Silat Gayong
Antara
jenis silat yang popular ialah Silat Gayong. Seni Silat Gayong dibawa
ke Tanah Melayu oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi
bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Seni
Silat Gayong diajar berdasarkan nama silat itu sendiri iaitu Silat
Gayong. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini dikenali sebagai pelajaran bersilat. Peringkat
kedua pula ialah peringkat seni. Peringkat seni ialah peringkat
pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat
serangan balas ke atas sasaran.
Latihan
seni silat Gayong biasanya dilakukan di tempat yang tidak berbumbung
dan hanya dipagari oleh dinding yang tinggi. Hal ini bertujuan untuk
menghalang sesiapa yang tidak berkenaan memasuki gelanggang. Latihan
Seni Silat Gayong dimulakan dengan upacara membuka gelanggang iaitu
dengan membaca ayay-ayat suci al-Qur’an dan diikuti dengan memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T meminta agar dijauhkan segala mara
bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas
melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas, pesilat
akan berpasangan untuk mengelakkan serangan mengejut daripada pihak
lawan yang mungkin terus bertindak agresif. Biasanya
terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal
pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap.
Ahli-ahli
baru akan diberi latihan untuk menguatkan fizikal. Latihan ini
dilakukan selama sebulan bagi melonggarkan otot-otot dan tendon.
Kemudian, mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan menangkis. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.
Kesemua
gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran
membuat serangan balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik
menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk
membiasakan pelatih untuk bertindak balas ke
atas serangan yang berasaskan teknik tersebut. Serangan yang dibuat
tanpa menggunakan teknik yang betul amat mudah dipatahkan. Sebaliknya,
serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan, dan penumpuan
tenaga akan memberikan kesan yang kelas dan tepat.
Kemahiran yang perlu diperolehi oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah :
1. Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan
2. Gerakan serang balas jenis tangkapan-buah tapak kunci mati
3. Gerakan serang balas ke atas kuncian-buah tapak kunci hidup
4. Gerakan serang balas jenis pukulan-serangan harimau
5. Gerakan jatuh pulih-senaman anak harimau
6. Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.
Latihan Seni Silat Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang dan pesilat dikehendaki
membaca ayat-ayat suci al-Qur’an sebagaimana pada upacara Membuka Gelanggang.
Silat Cekak
Silat
yang popular seterusnya ialah silat cekak. Silat cekak berasal dari
Kedah. Seni silat ini juga pernah diamalkan oleh panglima-panglima
kerajaan Kedah pada zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Terdapat
beberapa definisi silat cekak. Cekak bermaksud ringkas. Keringkasan
silat cekak ini dapat dilihat melalui sistem pelajaran yang sangat mudah
dan cepat diperoleh.
Senjata
yang digunakan dalam silat cekak ialah parang lading. Senjata ini
digunakan sejak zaman dahulu lagi. Parang lading merupakan satu-satunya
senjata yang digunakan dalam silat cekak. Dalam silat ini juga, tiada
penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa-apa sahaja. Parang
lading tidak digunakan untuk menyerang tetapi untuk menunggu serangan
dari segala jenis bentuk serangan kecuali senjata api.
Antara pantang larang yang terdapat dalam silat cekak ialah:
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
Silat Tongkat
Silat
yang seterusnya ialah silat tongkat. Silat tongkat berasal dari India
dan telah dibawa masuk ke Kelantan oleh seorang rakyat India yang datang
sebagai peniaga air teh kandar. Seni tari silat tongkat diberi nama
kerana silat ini telah memasukkan dua elemen tarian dan elemen silat.
Kedua-dua elelen ini telah digabungkan menjadi satu. Salah satu fungsi
seni silat ini ialah untuk meninggalkan kesan kesenian yang indah kepada
masyarakat.
Dari
segi pengajarannya, seni silat ini terdiri daripada tiga peringkat
pembelajaran iaitu peringkat Bunga Silat, Pecahan dan Buah Silat.
Peringkat pertama iaitu peringkat bunga silat mempunyai tujuh jenis
bunga silat. Bunga silat juga merupakan elemen yang akan digunakan
semasa sesuatu persembahan diadakan contohnya seperti majlis perkahwinan.
Peringkat
kedua ialah peringkat pecahan. Peringkat ini memepunyai 110 jenis
pecahan yang diajarkan selepas pesilat melepasi peringkat pertama. Pada
peringkat ini, pesilat akan diajar tentang cara-cara untuk
mempertahankan dan melepaskan diri daripada pihak lawan.
Peringkat
yang terakhir ialah peringkat buah silat. Dalam seni tari silat
tongkat, terdapat lebih 50 jenis buah silat akan diajar kepada pelajar.
Buah silat ini penting kerana ia tidak boleh dipertontonkan kepada orang
ramai. Buah silat ini disorokkan daripada pandangan ramai atas dasar
memelihara seni permainan. Buah silat ini juga diajar oleh guru pada
malam terakhir sebelum Majlis Perlimau.
MAJLIS PERLIMAU
Majlis
Perlimau merupakan satu majlis penutup atau penamat bagi sesuatu
pembelajaran seni silat. Dalam majlis ini, sambutan daripada pelbagai
pihak dapat dilihat. Sebelum Majlis Perlimau diadakan, pelajar perlu
melepasi kesemua peringkat yang perlu dipelajari. Keunikan majlis ini
dapat dilihat apabila pesilat diberi tanggungjawab untuk menghias
gelanggang silat. Contohnya membina pintu gerbang yang diperbuat
daripada daun kelapa, membersihkan sekitar khemah dan menghias meja
pulut semangat.
Pada
pagi majlis, pesilat diwajibkan membawa seekor ayam kampung jantan yang
disembeleh di dalam gelanggang. Selepas selesai persembahan, para
pesilat akan mandi bunga iaitu tujuh jenis bunga sebagai tanda untuk
menyelamatkan ilmu yang dipelajari daripada sebarang musibah. Akhir
sekali, acara sembah guru pula akan diadakan, iaitu di rumah guru pada
waktu malam. Dalam acara ini, pesilat hendaklah membaca surah al-Fatihah
dan al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Mereka akan memohon maaf dan meminta
izin ilmu.
Perlu ker belajar?Tapi,Kalau kena Rogol macammana? * People Nowdays
Okey guys,first of all aku nak mintak maaf , bukan apa aku takut korang salah faham dengan entry aku kali ni..Bukan apa, al maklumlah aku still newbie dengan dunia Blog semua ni... Nak menaip pun terketar ketar...hahaha..Tetiber...Just straight to the point, Sebelum
korang salah faham mengenai entri ni, baik aku bagitahu awal-awal yang
entri ni tidak lah mengajar korang mengenai ilmu persilatan, ilmu merogol
orang bagai mahupun membuat senjata yang merbahaya. Apa yang ingin aku suarakan ialah
mengenai cakap-cakap yang kurang enak mengenai seni silat ni.
Okey lah.malas pulak aku nak menaip panjang-panjang, korang teruskanlah membaca ehh.
Haa ni Cakap-cakap pertama.......
“Alahhh..
Sekarang ni zaman modenlah, buat apa nak belajar silat? Zaman sekarang
orang pakai pistol je, tembak-tembak. Takde dah nak berpencak-pencak bagai ni.” - Kata seorang homosapien dengan nada dan memek muka yang sinis.
Actually aku just tertanya-tanya, jika benar zaman sekarang orang guna pistol.
Buktikanlah kat aku yang dia mempunyai pistol. Takde pulak, mungkin
kalau dirompak orang dia tembak guna pistol air agaknya, agaknya lah kan... hermmm.
Cakap-cakap kedua pulak....
“Buat
apa susah-susah nak belajar silat? Kalau ada orang nak rogol, jerit
mintak tolong lah. Tak pun panggil polis. Haaa, senang..” - katanya seorang gadis yang lawa lagi cun pula, di waktu dan tempat yang berbeza.
Untuk
kata-kata ni aku tak tahu nak kata apa dah...Kalaulah betul nak
menyelamatkan diri semudah itu, sudah tentu tak kan ada satu kes rogol
di muka bumi ni. Kerana si perogol semuanya bodoh belaka.Tak gituu?. Merogol di
kawasan ramai orang atau merogol di depan balai polis, takpun di dalam
balai polis teruss.
Mungkin
untuk kata-kata sebegini aku tidak layak bersuara kerana aku pun bukannya
pengamal seni silat.
Bagi
aku apa yang penting ialah usaha. Berusaha mempelajari ilmu yang boleh
kita gunakan untuk mempertahankan diri andai tiba waktu kita memerlukanya.Yerla,malang tak berbau kan?..
Selamat atau tidak itu bukanya kerja aku. Itu kerja Allah swt..Kita serahkan semua kepadanya. Yang penting kita dah berusaha kan. Kalau taknak belajar takpelah, tapi janganlah sampai
memperlekehkan budaya bangsa sendiri..Hurmmm..
Sang Tempur
Sejarah Silat Melayu
Seni Silat atau Pencak Silat adalah
salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara
yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau
salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat
kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara
mendalam.
Ada yang menganggarkan seni ini telah
berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di
Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Mereka yang belajar silat digelar
pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan
seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran
itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi
mereka gelaran ‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati
perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran
mereka dan amat merendah diri.
Pesilat senior yang telah lama
berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan
kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi
beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat
dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar
pendekar.
Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu
sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti.
Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.
Orang Melayu yang telah menetap di
bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di
utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang
yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di
bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti
bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni
mempertahankan diri itu.
Apabila Islam disebarkan sepanjang
nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni
bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan
rohaniah.
Silat telah diperhaluskan ke ciri
keistimewaan Sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan
Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar
sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo.
Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung
Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas
sebagai bapa silat. Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia
(termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era
penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan
penjajah.
Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah
menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa
pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk
kemerdekaan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa
silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta
Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga
4hb Disember 2006.
Tuesday, 10 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)