Friday, 13 March 2015

Perlu ker belajar?Tapi,Kalau kena Rogol macammana? * People Nowdays

Okey guys,first of all aku nak mintak maaf , bukan apa aku takut korang salah faham dengan entry aku kali ni..Bukan apa, al maklumlah aku still newbie dengan dunia Blog semua ni... Nak menaip pun terketar ketar...hahaha..Tetiber...Just straight to the point, Sebelum korang salah faham mengenai entri ni, baik aku bagitahu awal-awal yang entri ni tidak lah  mengajar korang mengenai ilmu persilatan, ilmu merogol orang bagai mahupun membuat senjata yang merbahaya. Apa yang ingin aku suarakan ialah mengenai cakap-cakap yang kurang enak mengenai seni silat ni.

Okey lah.malas pulak aku nak menaip panjang-panjang, korang teruskanlah membaca ehh.

Haa ni Cakap-cakap pertama.......

Alahhh.. Sekarang ni zaman modenlah, buat apa nak belajar silat? Zaman sekarang orang pakai pistol je, tembak-tembak. Takde dah nak berpencak-pencak bagai ni.” - Kata seorang homosapien dengan nada dan memek muka yang sinis.

Actually aku just tertanya-tanya, jika benar zaman sekarang orang guna pistol. Buktikanlah kat aku yang dia mempunyai pistol. Takde pulak, mungkin kalau dirompak orang dia tembak guna pistol air agaknya, agaknya lah kan... hermmm.

Cakap-cakap kedua pulak....

Buat apa susah-susah nak belajar silat? Kalau ada orang nak rogol, jerit mintak tolong lah. Tak pun panggil polis. Haaa, senang..” - katanya seorang gadis yang lawa lagi cun pula, di waktu dan tempat yang berbeza.

Untuk kata-kata ni aku tak tahu nak kata apa dah...Kalaulah betul nak menyelamatkan diri semudah itu, sudah tentu tak kan ada satu kes rogol di muka bumi ni. Kerana si perogol semuanya bodoh belaka.Tak gituu?. Merogol di kawasan ramai orang atau merogol di depan balai polis, takpun di dalam balai polis teruss.

Mungkin untuk kata-kata sebegini aku tidak layak bersuara kerana aku pun bukannya pengamal seni silat.

Bagi aku apa yang penting ialah usaha. Berusaha mempelajari ilmu yang boleh kita gunakan untuk mempertahankan diri andai tiba waktu kita memerlukanya.Yerla,malang tak berbau kan?.. Selamat atau tidak itu bukanya kerja aku. Itu kerja Allah swt..Kita serahkan semua kepadanya. Yang penting kita dah berusaha kan. Kalau taknak belajar takpelah, tapi janganlah sampai memperlekehkan budaya bangsa sendiri..Hurmmm..


No comments:

Post a Comment